Tuesday, October 11, 2011

SeTeLAH iTU

bismillahirrahmaanirrahim...

dengan kalimah keramat ini, aku mulai menulis lagi

mengenai sesuatu yg telah pasti..

iaitu luahan dan rahasia hati..

syaitan terus-terusan dengan hasutannya menghapus dan merapuhkankan 

semuanya..

tapi satu hal yang pasti, 

aku harus kuat kerna jalan mujahadah ini sememangnya pahit dan sakit 

sekali

di saat aku butuh kekuatan, aku tahu aku tidak mampu memintanya dari 

insan, sebaliknya pada-mu tuhanku..

betapa aku insan hina lagi dina menyombongkan diri ini dengan tidak 

mengingatimu selalu..

maafkan khilafku ya rabb, kerna aku hanya insan yg sering tewas dengan 

emosi dan perasaan sendiri..

dan ternyata aku juga perlu sokongan dan bimbingan dari rakan dan teman 

sebaliknya mereka hanya menyatakan tapi tiada usaha untuk membantu aku 

menghapuskannya...

bukan salah mereka tetapi aku 

kerna aku tidak pernah serius untuk berubah..

cuma satu harap dan pintaku ya allah

hantarlah padaku seorang ataupun apa-apa jua hadia darimu supaya aku dpat 

menjadi diriku yg dulu

sesungguhnya kata-kata manusia sangat tajam dan halus

dan ternyata aku menhgarapkan darimu keadilan dalam bersabar dan 

berlapang dada..

ketidakkisahan dan kemenyempahan mereka pada sikapku sebenarnya 

menambahkan parah lagi pada penyakit barahku itu... 

kerna untuk melahirkan kegembiraan tatkala kesakitan bukanlah satu 

perkara yang enteng..

sekian untuk kali ini..


Monday, July 18, 2011

aKu DaN kAmU

 ku rasa kehilangan..

tak tahu bagaimana mahu menggapaimu..

tak tahu bilakah akan menemuimu lagi..

ku rasa kekurangan..

tanpamu terasa sepi dan kosong..

tanpamu terasa hidup ini tidak bererti..

ku rasa kejauhan..

jauh dari nikmat pabila bersamamu..

jauh dari ketenangan bersamamu..

ku mahukanmu..

mahukan keindahan denganmu..

mahukan kebahagiaan memilikimu selalu..

ku yang merinduimu..

ya kamu..

IMANKU...

ya rabbi, tetapkanlah hati kami atas jalan yang Engkau redhai dan berkati.. 

ameen.. :)

Thursday, April 14, 2011

HujAN




hujan, 

kalau saja engkau tahu bahawa ak senang dengan kehadiranmu

ak pasti, 

engkau akan sentiasa menemani ak 

tp ak juga sedar

bahawa kau juga makhluk sepertiku

tp ak ingin kau tahu

ak senang dengan kejadianmu

terima kasih Tuhan kerna ciptakan hujan 

terima kasih kerana mengingatkan ak akan dosa2 silamku..

terima kasih atas rintik2mu yang mendamaikanku

terima kasih atas kesejukanmu

ia mampu menyejukkan kemarahanku

sepertimana air menghapuskan api

ya Allah, ak senang dengan perasaan ini

terima kasih atas semua ini

ketika melihat hujan, ak terbayang dosa2 ku

justeru, ku mengharapkan keampunan dan penyucian dosa

sepertimana air hujan membasahkan bumi-Mu..

membersihkan setiap kekotoran yang menempel..

menghapuskan setiap prasangka dan perasaan yang keji..

ya Allah, kekalkanlah perasaan ini

jadikanlh ak antara mereka yang sentiasa berlapang dada, bersyukur dan bersabar dalam setiap perkara yang 

ditetapkan oleh-Mu..

ameen..

hujan itu menyejukkan hati.. :)




Sunday, April 10, 2011

NaLuRi 2

hari ini, ak ingin menymbung kata2 naluriku

tp kali ini dalm mood yg lbh tenteram..

cume 1 yg naluriku ingn katekan..

blajarlah untk berterus terang dan usah memendam..

tp hakikatnye adakala dgn meluahkan itu bleh melukakan

dan juga boleh menjauhkan persahabatan..

hurm...ak brfkir bkali2..akan hal ini...

ternyta diri ini stakat detik ini masih blum menemukan jalan itu..

jalan untk kluar jauh dari cni..

dari kemelut dan perasaan yg brcmpur baur ini..

kerna adakalanya emosi ini tenang n adaklanya hasutan syaitan menusuk kmbali..

ya Allahu  ya Rabbi..

berilah ak cahaya hati sepertimana Engkau berikan cahaya-Mu kepada sinar mentari..

berilah ak keampunan dosa sepertimana Engkau menyucikan bumi-Mu dengan air hujan-Mu..

berilah ak klmbutan hati agar ak bisa menangis lagi..

satu permintaanku, urusan dakwah ini dan jalan ini

usahlah berbaur dan hadir dengan emosi yang tak diingini..

bawalah ak pergi...

dan ak ingin menapak lagi 

lepaskan ak dari kemelut ini...

itu sahaja pintaku..

dan satu pesanan, ruangan ini adalah ruangan curahat ak..

jangan mengambil hati atau terkesan kerana insyaAllah ia kan hilang dalam penulisan...


Saturday, April 9, 2011

"NaLuRi"

sesetengah manusia berfikir orang akan mendengar arahan dengan kekerasan yang dilemparkan

sesetengah yang lain bilang semua perkara remeh perlu diperbesar-besarkan

dan ada juga yang berkata kuasa yang ada penentu segala tindak tanduk kita

sehingga tidak dsedari ada hati yang sedang terhiris




untuk itu, aku ingin mengambil sedkit pelajaran

kalau jadi seorang ketua, usahlah mendabik dada dan melupakan insan lain

kalau menjadi teman, berilah dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri

jangan jadi pemaksa  sebaliknya jadilah seorang yang boleh dibawa budi bicara..

imbas kembali kenapa ad insan yang tidak hormat ataupun  hormat atas dasar terpaksa kepada kita 

sekian dahulu untuk kali ini..

ada masa ketemu lagi

Friday, April 1, 2011

tIaDa KaTa tErUcap

ntah mengapa, 

ak merasakan perasaan ini sukar tuk digambarkan dan diluahkan dgn kata2

sukar untk membri pngrtian pd org lain

kasihan mereka kerna tidak memahami ap mksudku

tp tidak mngapa

selagimana ia terus berlalu n terus pergi dengan sebaiknya

selagi itu hati ini akan tenang menghadapi

tapi satu hal, ak x ingin memori itu tersimpul kmbali

cukuplah yg dulu jangan kau kembali

nyah kau dari sini

dari kamar hatiku yg sedang mengejar redha Ilahi

tapi ternyata tarbiyyah ad di mana2

ak dapat mersakan satu ketukan di kepala hati 

lalu ak tersedar kmbali

membawaku jauh dari pohon kelalaian itu

semoga kisah itu kan terkubur abadi..

insyaAllah

saling mendoakan..hehe

thank you Allah 4 this kind of feeling..hee..

Monday, March 14, 2011

PeRjAlaNAN iTU

perjalanan itu

mengajarku erti penuh makna

kerna di kala itu

ku sedar diri ini ad peranan yg cukup nyata

tp sayang sekali

kerna ku dapat rasakan diri ini tidak memanfaatkan ia dengan sebaiknya

adakala diri ini turut leka

dengan kealpaan dan kemewahan dunia

ya Allah, ampunkan dosaku atas keterlanjuran ini..

ak tidak bisa melaksanakan amanah ini secantiknya..

moga perjalanan berikutnya memberiku erti penuh seribu makna.

insyaAllah..

.
                           terima kasih kepada Aisyah n Athirah 4 being part of this journey.




Monday, February 14, 2011

hANyaLAH dIrIKU

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah ak mulai menulis lagi..

tp saat n ketika ini, ternyata hatiku bersedih lagi..

ternyata diri ini belum btul2 berlapang dada, bersabar n menerima sgala ap yg terjadi serela hati ini..

maafkan diriku kpd insan2 yg berkenaan..

ak x mampu berlari2 bersama kalian..

tp ak ingin kalian tahu bahawa diri ini sedang cuba n terus mencuba untk seimbang dalam akademikku  dan 

juga gerak kerja dakwah n tarbiyah ini..

n ak ingin kalian juga tahu, kita semua tidak semuanya sempurna n ak juga ad cacat celanya..

ak tidak kisah kalau diri ini merangkak dalam urusan akademikku asalkan ak tahu ak senantiasa berusaha 

untk mempertingkatkannya..insyaAllah.. n pkara yg sama juga untk urusan dakwah ini..

ak hanyalah ak.. seorg insan yg sangat lemah dan daif ..bukan org lain..

teringat seketika pd bait lagu dari edcoustic ini..

seolah2 melambangkan kekerdilan diri ini...


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


Thursday, February 10, 2011

Dia Masih Sayang Aku


Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan ALLAH S.W.T?
Yakinlah... andai kita mendekatkan diri pada-NYA, kita akan mendapat ilham untuk keluar dari belenggu keresahan.
Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.
Berhentilah berbicara tentang kegagalan lalu. Biarkan masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas.
Lakarkan kejayaan dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali.
Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk melakarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.



"Lawanlah dunia dengan akhirat. 

Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. 

Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. 

Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA..."


TERIMA KASIH YA ALLAH..KERNA TIDAK JEMU MENYINTAI DIRIKU.. :) MUDAH-MUDAHAN INI YG TERBAIK..


kurniakanlah diri ini hati yg baru..yg tidak mudah cemburu dan sangat mudah berlapang dada..ameen..

Wednesday, February 9, 2011

JanGan DiUcaP

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamt tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika... Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

SiApALAH aKU..

Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan

Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?

                                                                      Aku kecewa

Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa 
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?

Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?

Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu

Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia


Kejalan keredhaan-Mu

ak sedar ini semua..tp ternyata diri ini blum ckup kuat lg..sdgkan ak jua tahu Allah menguji hamba-Nya

selaras dgan kemampuan hamba-Nya itu untk mghadapinya..

Sunday, February 6, 2011

BIarKan Ku MnanGIS...

bismillahirrahmaanirrahiim..

setelah sekian lama tidak meletakkan jari jemari ini atas papan kekunci untk menukilkan sesuatu...

sekadar coretan hati yg sering saja merasa lemah dgn ujian yg menimpa..

tp ak tahu, hanya ak yg bisa menghadapi ujian yg dilontarkan padaku, bukan kamu, bukan dia dan bukan 

siapa2..

tp aku...

sekali lg diri ini rebah dan menangis sepuasnya..

ntah mengapa, untk keberpa kalinya air mata ini amat mudah skali untk mngalir..

bukan mengenangkan dosa2 yg tlah lalu..astaghfirullah...

tp memikirkan hal2 yg remeh dan dan adakala mngganggu gugat gerak kerja dakwah n tarbiyahku..

ya Allah, bantulah aku dalam mghapuskan sgala syak wasangka dan cemburu buta ini..

bersihkan dan luruskanlah kmbali niat dalam hati ini mudah-mudahan tidak bersarang pelbagai pnyakit hati..

hadirkanlah rasa nikmat dan manisnya ukhuwah kerana-Mu kepadaku ya Allah..

sesungguhnya dalam kekebalanku di luar, ternyata ak ibarat badut yg bertopengkan plbagai watak ..

sakit sekali sebenarnya yg berada di dalam dada ini..

bantulah ak ya Allah, bantulah ak..

setelah kian lama perasaan itu hilang, terbit, hilang n terbit kembali..

ak redha dgn hukuman yg ak terima sekarang ya Allah kerna ternyata ia memang silapku..

tbc..insyaAllah..





Tuesday, January 11, 2011

seDikIt TiTiPAn

Bismillahhirahmaanirrahim...

buat pertama kalinya dalam tahun ini aku mulai menulis sesuatu di ruangan ini

ntah mengapa, sbnrnya jiwaku saat ini sangat buntu kasih dan petunjuk dari-Mu Ilahi..

ak tahu mana mgkin untk seorg hmba yg hina lg dina ini untk mndabik dada dalam dunia pinjamanmu..

dan ak juga tahu dalam kelalaianku, bisa saja kau menghantar malaikatmu untk menarik nyawaku..

sudah pasti, ap yg diinginkan di saat itu hanyalah penghabisan yg baik yakni husnul khatimah..

tetapi, ntah di mana clapnya, ak seakan-akan dslubungi satu perasaan aneh lg misteri yg myesakkan diri ini..

ak tdak ingin mlakukan itu, tp ak kalah dgn emosiku..

ak sudah serik merasakan kehilangan dan ak tidak ingin ianya berulang..

tp tnyata perasaan itu lbih kuat mguasai diriku 

maafkan ak teman kerna ak mgkin saja tidak bisa mnjadi ak yg dulu lg..

ak serahkan semua ini kepada-Mu ya Rabbi..

ak juga tahu masih ad saki baki jahiliah yg tak bisa trhapus dgn entengnya dalam sanubari ini..

ak juga tahu mgkn sahaja waktu yg kuluangkan bersamamu tidak berkualiti ya Allah..

maafkan aku kerna mengabaikan rasa kasih, cinta dan sayangku kepada-Mu..

dan ak juga tahu bahwa ada kalanya cintaku pd duniamu yg tidak kekal ini berada dalam hati ini..

melebihi cintaku pada-Mu..

justeru, ak dapat merasakan itu adalh batu pghalang untk ak dkat kepada-Mu dan insan yg mencintai-Mu..

Ya Allahu rabbi, pimpinlah diriku ini..

selamatkan ak dari tipuan dunia yg bisa menjauhkan ak dr diri-Mu..

oh Tuhan, beri kekuatan iman,

Kau ampunkanlah segala kelemahan,

setiap detik dan saat

semoga  diriku sentiasa dalam bimbingan dan keredhaan-Mu..

ameen..